Warren Edward Buffett (lahir 30 Ogos 1930 di
Omaha,
Nebraska, Amerika Syarikat) ialah seorang
pelabur,
ahli perniagaan dan
dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta
pemegang saham terbesar dan
CEO syarikat
Berkshire Hathaway.
[4] Beliau dinamakan orang terkaya di dunia oleh majalah
Forbes pada separuh pertama tahun 2008, iaitu
nilai bersihnya kira-kira $62.0 bilion
[5], tetapi menjunam ke $37 bilion pada awal tahun 2009, sekaligus jatuh satu anak tangga ke #2 dalam senarai Forbes Billionaire List, iaitu $9 bilion di belakang
Bill Gates. Dengan diberi gelaran "Dewata Omaha" (Oracle of Omaha)
[6]atau "Pendeta Omaha" (Sage of Omaha),
[7]Buffett terkenal kerana berpegang teguh pada falsafah
pelaburan nilai dan sikap ber
jimat cermat walaupun kaya-raya.
[8] Gaji tahunannya pada tahun 2006 berjumlah kira-kira $100,000, iaitu agak sedikit berbanding
gaji eksekutif kanan di syarikat-syarikat yang sebesar syarikat beliau.
[9]Ketika Buffett membelanjakan $9.7 juta
[10] dana Berkshire untuk membeli
pesawat persendirian pada tahun 1989, beliau memberikan nama julukan "The Indefensible" kerana sebelum ini beliau pernah membidas tindakan CEO lain melakukan pembelian sedemikian.
[11] Beliau berdiam di rumah yang sama di kawasan perumahan pusat
Dundee di bandar Omaha yang dibelinya pada tahun 1958 pada harga $31,500, yang kini bernilai kira-kira $700,000.
[12] Buffett juga merupakan seorang dermawan yang disegani. Pada tahun 2007, nama beliau dimasukkan dalam senarai
100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah
TIME.
[13] Beliau juga merupakan ahli lembaga amanah di
Kolej Grinnell.
[14]